Saturday, November 16, 2013

Apabila Hakim Penat

Satu kajian oleh Shai Danziger (Profesor di Universiti Tel Aviv), Jonathan Levar (Professor di Stanford University) dan Liora Avnaim-Pesso (Professor di Ben-Gurion University di Negec), mendapati hakim akan banyak memberi kebebasan kepada isu yang dibahaskan pada waktu pagi dan selepas maka tengahari. Kajian dilaksanakan di Israel. Mengapa jadi begitu? Secara 'default' semua 'hearing' ialah tidak membebaskan rayuan. Tetapi apabila si hakim segar, mereka mampu untuk berfikir mencabar cara berfikir standard, membuat usaha lebih dan memberi kebebasan lebih kerap. Apabila otak makin penat, yang mudah ialah tidak meluluskan rayuan.

Ini juga boleh berlaku pada pendapat Dan Ariely bagi pelajar PhD ketika 'propose' atau 'defend'. Di US, dibawa donat, muffin atau cookies ketika sesi ini.

(Sedutan dari buku Dan Ariely - The (Honest) Truth about Dishonesty)

Saturday, July 13, 2013

Allignment hati dengan ikhlas - S positif pada A+

Apabila kita ingin menuju status A+, spiritual perlu positif. Ikhlas kerana Allah dan mengikut sunnah Nabi.

Ikhlas adalah satu topik yang besar dan berat.
Sunnah juga adalah satu topik yang besar.

Bicara ikhlas perlu diingatkan dan disistemkan dalam mana-mana organisasi. Apabila niat itu ikhlas kerana Allah, mudah urusan kehidupan. Apabila ikhlas ini tidak dijadikan agenda, ia akan mencacamerbakan apa yang berlaku dalam kehidupan.

Tuesday, July 2, 2013

Cara pandang berbeza - satu keperluan

Saya berborak dengan seorang rakan. Beliau menyatakan "sekarang saya dapat merasai keperluan untuk melihat dengan cara berbeza. Mata hati. Celik hati."

Saya terdiam. Ya saya sering berkongsi perkara ini. Namun ia bukan diketahui semua orang. Malah dalam keadaan kritikal, kita mungkin terlindung daripada 'celik hati'. Ia memerlukan inayah dari Allah.

Teknik Jaga Ukhuwah Gaya A+

Cara-cara untuk menangkis virus ukhuwah.

Semuanya ada dalam surah Al-Hujarat. Semoga bermanfaat.

(Diolah dari Akh Irfan B. Masiri)

Sunday, June 23, 2013

Kalau rasa diri hebat dan yang lain salah

Dalam hidup, kekadang kita rasa diri kita hebat atau orang lain silap/ salah. Membuat hukuman amat mudah pada masa itu. Ia juga akan menyebabkan konflik dalam diri dan berhadapan dengan orang lain.

Bagaimana untuk mengelakkan rasa begitu? Uruskan konflik dengan cara yang baik, bukan secara semborono sahaja.

AAR - After Action Review

Apabila kita melaksanakan sesuatu perkara, kita akan dapat pengalaman secara 'live' apa yang perlu dibaiki atau dimajukan. Dalam ketenteraan di US, mereka menggunakan AAR- After Action Review.

Mengapa ini penting? Ia ada kaitan dengan cara kita membuat keputusan. Semasa kita merancang, banyak pembolehubah yang tidak diambil kira. Semasa praktikal, ia memerlukan 'adjustment' agar kita dapat buat yang terbaik. Kemahiran ini dapat dimajukan apabila kita mampu mempelajari dari kesilapan yang lepas.  Dengan AAR, kita akan mampu untuk memajukan diri.

Saturday, April 27, 2013

Respon atas respon

Dalam mengamalkan Tabiat A+, kita perlu faham konsep ini:

E + R = O

Respon ada 6 jenis.

A+
A
B
C
D
E


Monday, April 15, 2013

Berfikir menggunakan BMC

Ingin merancang sesuatu projek besar? Guna BMC.

Ia boleh digunakan untuk bisnes.
Ia juga sesuai untuk projek keluarga, akademik, ilmu atau dakwah.

Dengan menggunakan tool ini, ia akan mengelakkan kita mudah 'terperangkap' dengan idea sendiri. Dalam melebarkan pilihan, gunakan tool ini untuk meluaskan pilihan dan ambil tindakan dalam timeframe yang sesuai. Jangan terlampau tergesa-gesa, jangan pula sampai tiada tindakan yang diambil dalam masa yang panjang kerana BERTANGGUH.

Penerangan lanjut BMC saya kongsikan di blog adik-beradik di sini :)

http://businessmodelaplus.blogspot.com/

Sunday, February 10, 2013

Beli buku baru, atau semak di Safari atau bagaimana?

Ketika saya di Kinokuniya, saya memerhati banyak buku.

Saya ada akaun Safarionline. Saya bayar USD 42 sebulan.
Saya ada Kobo. Saya boleh beli online lebih murah.
Saya boleh beli di Amazon US dengan harga murah tetapi lebih lama sampai ke rumah.

Adakah perlu saya membeli 'Redirect', satu buku yang saya dapat tengok preview di Amazon.

Ia berkaitan membuat keputusan.

Mengaku kesilapan atau menulis jurnal?

Dalam tradisi Kristian, ada 'pengakuan dosa' di depan Father selepas berbuat dosa.
Dalam tradisi Islam, dosa itu diakui depan Tuhan, bukan depan manusia.  Ia dilaksanakan dari semasa ke semasa, bukan sekadar satu masa.

Dalam kajian tentang CISD, ia dilakukan oleh ahli bomba atau sesiapa yang mengalami trauma. Ahli bomba itu akan bertemu pakar profesional dan 'meluahkan' segala apa yang ditakuti dan terbungkam. Ramai yang merasakan ia berkesan. Namun kajian mendapati kesannya tidak seberapa. Gary Felice yang terlibat dalam operasi menyelamatkan Tommy Schuppel masih menunjukkan kesan trauma selepas 4 tahun.

Thursday, February 7, 2013

Respon, respon, respon

Mengikut Jack Canfield, formula kehidupan adalah seperti ini:

Event + Response = Outcome

Event yang berlaku dari luar.
Response adalah apa yang akan kita lakukan dari diri sendiri.
Outcome ialah hasil interaksi antara event dan response.

Tabiat A+ menekankan cara memberi respon. Biarlah apa yang berlaku dalam dunia, namun respon yang kita akan berikan itu menunjukkan kita berada pada kategori mana. Ada A+,A,B,C,D atau E. Pilihan di tangan kita.


Tuesday, January 29, 2013

Kalau kita ingin buat baik tetapi dibalas jahat

(Dikongsikan dari Hafiz Firdaus Abdullah)

Jangan berputus asa berbuat baik meski pun hasilnya tidak seperti dijangkakan. Allah tetap melihat apa yang kita usahakan. Pada waktu yang sama, apabila orang lain berbuat baik kepada kita, balaslah dengan kebaikan yang setimpal atau lebih baik lagi.

Abu Hurairah menerangkan bahawa seorang lelaki pernah berkata: "Ya Rasulullah, saya mempunyai kerabat. Saya selalu berusaha untuk menyambung silaturahim kepada mereka, tetapi mereka memutuskannya. Saya selalu berusaha untuk berbuat baik kepada mereka, tetapi mereka menyakiti saya. Saya selalu berusaha untuk lemah lembut terhadap mereka, tetapi mereka tak acuh kepada saya." 

Lalu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jika benar seperti apa yang kamu katakan, maka kamu seperti memberi mereka makan debu yang panas, dan selagi mana kamu berbuat demikian maka pertolongan Allah akan sentiasa bersamamu." [Sahih Muslim no: 4640/2558]

* Maksud "seperti memberi mereka makan debu yang panas" ialah satu kiasan kepada debu-debu api neraka, menunjukkan tindakan kerabatnya yang enggan menghubungkan silaturahim, enggan berbuat baik dan suka menyakiti ialah satu kesalahan yang menghampirkan mereka kepada neraka.

Thursday, January 10, 2013

Tajuk menarik tentang tabiat

Anda ingin mengetahui tajuk menarik tentang TABIAT? Berikut saya kongsikan beberapa tajuk dari Duhigg:


The Science of Habit Formation: Why we do what we do, and how to change it
Consumer Habits: Why customers keep coming back for some (but only some) products again and again
Habits and Predictive Analytics: How corporate giants, like Target, know what shoppers want before they do
The Power of a Crisis: How leaders teach organizational habits through accident and design
Why Cravings Exists: How the neurology of craving explains our habits, what we buy and how we can learn

Bagaimana untuk mengubah tabiat?

Ada 4 langkah untuk mengubah tabiat:


  1. Kenali rutin
  2. Eksperimen dengan ganjaran
  3. Asingkan cue/trigger
  4. Rancang untuk pelaksanaan
Rutin yang baik amat bagus. Rutin yang kurang baik perlu diambil kira dan diubah.

Perlakuan yang konsisten dinamakan tabiat

Behavior diterjemahkan sebagai perlakuan. Untuk sesuatu perlakuan berlaku, ia perlu diusahakan dengan mengambil kira cue/trigger dan reward.

Cue/trigger adalah pemula atau pencetus.
Reward ialah ganjaran.

Trigger berbentuk neutral. Ada 5 komponen dalam trigger atau cue ini:


  1. Lokasi - Location
  2. Masa - Time
  3. Keadaan emosi - Emotional state
  4. Orang lain yang ada - Other people
  5. Tindakan sebelum trigger itu - Immediately preceding action


Ganjaran boleh dikategorikan dalam bentuk fizikal, intelektual, emosi mahupun spiritual. Jika kita memilih ganjaran fizikal lebih penting daripada spiritual, maka perlakuan kita juga memerlukan reward tersebut pada masa tertentu. Ketika spiritual mendominasi sistem ganjaran dalam diri kita, ia akan menyebabkan kita meletakkan target atau ganjaran spiritual untuk sesuatu perlakuan berlaku.

Apabila perlakuan itu sudah menjadi rutin, ia adalah TABIAT.

Wednesday, January 9, 2013

3 Perkara Membina Tabiat

Ada 3 perkara untuk membina tabiat. Banyak kajian yang dibuat tentang tabiat manusia. Tabiat atau dalam bahasa Inggeris habit adalah hasil perlakuan atau behavior yang dilaksanakan secara konsisten. Tabiat ini dikaitkan dengan istilah akhlak dalam tradisi Islam.

Untuk membina tabiat, 3 perkara tersebut ialah:

  1. Cue atau sauh permulaan
  2. Routine atau Rutin
  3. Reward atau Ganjaran
Jika tiga perkara ini dikenalpasti, seseorang boleh mengubah tabiat yang ada. Rutin yang biasa kita laksanakan itu dinamakan sebagai tabiat. Ada tabiat yang baik, ada tabiat yang kurang baik.