Thursday, January 10, 2013

Bagaimana untuk mengubah tabiat?

Ada 4 langkah untuk mengubah tabiat:


  1. Kenali rutin
  2. Eksperimen dengan ganjaran
  3. Asingkan cue/trigger
  4. Rancang untuk pelaksanaan
Rutin yang baik amat bagus. Rutin yang kurang baik perlu diambil kira dan diubah.

Perlakuan yang konsisten dinamakan tabiat

Behavior diterjemahkan sebagai perlakuan. Untuk sesuatu perlakuan berlaku, ia perlu diusahakan dengan mengambil kira cue/trigger dan reward.

Cue/trigger adalah pemula atau pencetus.
Reward ialah ganjaran.

Trigger berbentuk neutral. Ada 5 komponen dalam trigger atau cue ini:


  1. Lokasi - Location
  2. Masa - Time
  3. Keadaan emosi - Emotional state
  4. Orang lain yang ada - Other people
  5. Tindakan sebelum trigger itu - Immediately preceding action


Ganjaran boleh dikategorikan dalam bentuk fizikal, intelektual, emosi mahupun spiritual. Jika kita memilih ganjaran fizikal lebih penting daripada spiritual, maka perlakuan kita juga memerlukan reward tersebut pada masa tertentu. Ketika spiritual mendominasi sistem ganjaran dalam diri kita, ia akan menyebabkan kita meletakkan target atau ganjaran spiritual untuk sesuatu perlakuan berlaku.

Apabila perlakuan itu sudah menjadi rutin, ia adalah TABIAT.

Wednesday, January 9, 2013

3 Perkara Membina Tabiat

Ada 3 perkara untuk membina tabiat. Banyak kajian yang dibuat tentang tabiat manusia. Tabiat atau dalam bahasa Inggeris habit adalah hasil perlakuan atau behavior yang dilaksanakan secara konsisten. Tabiat ini dikaitkan dengan istilah akhlak dalam tradisi Islam.

Untuk membina tabiat, 3 perkara tersebut ialah:

  1. Cue atau sauh permulaan
  2. Routine atau Rutin
  3. Reward atau Ganjaran
Jika tiga perkara ini dikenalpasti, seseorang boleh mengubah tabiat yang ada. Rutin yang biasa kita laksanakan itu dinamakan sebagai tabiat. Ada tabiat yang baik, ada tabiat yang kurang baik. 

Sunday, October 28, 2012

Pra-Syarat Tabiat A+

Untuk kekal melaksanakan Tabiat A+ yang diringkaskan sebagai CASIC, perlu ada pra-syarat. Pra-syarat ini perlu disentiasa dibina. Ia adalah stamina kepada emosi kepada manusia. Stamina ini ada 7 item:

  1. Percaya
  2. Fokus
  3. Ya/ Tidak
  4. Pembersihan
  5. Pasangan
  6. Tanggungjawab
  7. Berjaga-jaga
Jika 7 item stamina emosi ini dapat dijaga dengan baik, Tabiat A+ akan mampu dilaksanakan dengan baik dan lancar.

Thursday, October 11, 2012

Catatan 9: Anda Ada Visi Yang Hebat

Adakah anda visi yang hebat? Visi yang hebat ialah visi yang boleh mencantumkan visi anda dengan visi ramai orang. Shared vision.

Visi untuk wang atau tubuh badan akan menyebabkan kita berbeza.
Visi intelektual juga akan membezakan kita.
Visi emosi dan sosial juga akan membezakan kita

Visi spiritual akan menyatukan kita kerana ia berlaku dengan memberi. Sesiapa yang ingin mencapai visi spiritual perlu memberi. Jika semua memberi dan membina kegembiraan, ia akan menyebabkan visi menjadi sama. Ia akan memberi kesan baik kepada dunia.

Dalam bisnes, akademik, keluarga atau sosial, visi spiritual tidak boleh dilekangkan. Visi spiritual menjadi 'gam' kepada semua untuk terus membantu, memberi dan berkongsi.

Sunday, August 19, 2012

Apabila RM dipandang dahulu

Sebagai seorang ahli bisnes, usahawan dan pekerja, perspektif berkaitan duit perlu dibetulkan. Kalau ia tidak diperhatikan dengan baik, ia akan mencacatkan pekerjaan seseorang.

Perkara penting tentang RM ialah: jangan letakkan ia paling utamauntuk berjaya, tetapi letakkan ia sebagai alat sahaja untuk menuju kejayaan. Letakkannya sebagai 'second class'.

Sebagai contoh, sebagai seorang usahawan, mendapatkan untung amat penting. Tetapi soalan awal yang perlu ditanya ialah : apakah amal ini membantu manusia dan mendatangkan pahala. Tanya soalan ini dan ia akan memberi kesan kepada motivasi diri sendiri. Rezeki tetap ada, duit perlu dicari tetapi jangan sampai duit menyebabkan mata kelabu untuk meneruskan kebaikan. Kalau bisnes yang dibuat tidak mendatangkan sebarang atau kurang RM, itu perlu dibaiki dari segi model bisnes. Namun jangan sampai hari ini rancang, terus diharap besok dapat RM 10,000 kecuali bisnes itu sudah bermula lama.

Manakala bagi pekerja, jika duit menjadi kayu pengukur harian, maka ia akan menyebabkan kerja tidak dibuat dengan cara terbaik. Hanya selepas sebulan berlalu dan gaji diperoleh penuh, baru menyesal dan minta maaf pada bos pasal tidak menunaikan tanggungjawab. Duit dapat penuh, tapi kerja hanya sebahagian sahaja.

Antara cara penyelesaian begini ialah dengan meletakkan target atau KPI yang perlu dicapai. Kalau dienuhi, penuh gaji. Kalau tidak penuh, berbaloi dengan apa yang ada. Ia sukar dilaksanakan, tetapi ini antara kaedah untuk mengelakkan kerugian modal syarikat hanya disebabkan ramai yang bermotivasi dengan sesuatu yang jangka masa pendek. Syurga itu untuk orang yang bernafas panjang.

Friday, August 17, 2012

Catatan 8: Menggabungkan Nilai, Pandangan Hidup dan Kepercayaan

Dalam program Business Model baru-baru ini di Singapura, saya amat seronok dengan input yang diberikan. Ia menggambarkan nilai ilmu dan betapa peserta sanggup datang dari Dhoha atau Afrika serta Australia untuk mendalami ilmu yang disampaikan. Saya senang sekali.

Datang dari pelbagai lokasi ini akan membawa cara pandang yang sudah tentu pelbagai. Cara pandang dan pengalaman ini berbekalkan budaya setempat. Rakyat Singapura dengan caranya, orang Malaysia dengan caranya, orang Thailand dengan caranya. Cara pandang ini menentukan nilai semasa dalam melaksanakan bisnes.

Teras kepada pengalaman ini akan membawa kepada nilai individu pada aspek spiritual. Nilai spiritual adalah ruang privacy yang hanya akan berlaku dalam kehidupan harian dan menentukan perjalanan kehidupan harian. Ilmu yang dibincang akan menentukan nilai, tetapi nilai yang banyak ini akan dipengaruhi oleh cara pandang dan kepercayaan yang ada.

Atas dasar itu, amat perlu juga dibekalkan pada setiap individu elemen emosi personal dan spiritual agar beliau dapat bertahan apabila bersendirian. Ada yang buat bisnes panjang nafasnya ketika bersama insan lain. Namun apabila bersendirian, sistem kepercayaan dan pandangan hidup akan mengadun mereka semula kepada sesuatu yang tidak produktif.

Atas dasar itu, saya membina tiga laman blogspot lagi untuk berkongsi idea A+ agar ia tidak diasingkan dari kehidupan harian sebagai usahawan atau yang berinteraksi dalam dunia bisnes.

Usahawan A+
Bisnes A+
Business Model A+