Sebagai seorang ahli bisnes, usahawan dan pekerja, perspektif berkaitan duit perlu dibetulkan. Kalau ia tidak diperhatikan dengan baik, ia akan mencacatkan pekerjaan seseorang.
Perkara penting tentang RM ialah: jangan letakkan ia paling utamauntuk berjaya, tetapi letakkan ia sebagai alat sahaja untuk menuju kejayaan. Letakkannya sebagai 'second class'.
Sebagai contoh, sebagai seorang usahawan, mendapatkan untung amat penting. Tetapi soalan awal yang perlu ditanya ialah : apakah amal ini membantu manusia dan mendatangkan pahala. Tanya soalan ini dan ia akan memberi kesan kepada motivasi diri sendiri. Rezeki tetap ada, duit perlu dicari tetapi jangan sampai duit menyebabkan mata kelabu untuk meneruskan kebaikan. Kalau bisnes yang dibuat tidak mendatangkan sebarang atau kurang RM, itu perlu dibaiki dari segi model bisnes. Namun jangan sampai hari ini rancang, terus diharap besok dapat RM 10,000 kecuali bisnes itu sudah bermula lama.
Manakala bagi pekerja, jika duit menjadi kayu pengukur harian, maka ia akan menyebabkan kerja tidak dibuat dengan cara terbaik. Hanya selepas sebulan berlalu dan gaji diperoleh penuh, baru menyesal dan minta maaf pada bos pasal tidak menunaikan tanggungjawab. Duit dapat penuh, tapi kerja hanya sebahagian sahaja.
Antara cara penyelesaian begini ialah dengan meletakkan target atau KPI yang perlu dicapai. Kalau dienuhi, penuh gaji. Kalau tidak penuh, berbaloi dengan apa yang ada. Ia sukar dilaksanakan, tetapi ini antara kaedah untuk mengelakkan kerugian modal syarikat hanya disebabkan ramai yang bermotivasi dengan sesuatu yang jangka masa pendek. Syurga itu untuk orang yang bernafas panjang.
Sunday, August 19, 2012
Friday, August 17, 2012
Catatan 8: Menggabungkan Nilai, Pandangan Hidup dan Kepercayaan
Dalam program Business Model baru-baru ini di Singapura, saya amat seronok dengan input yang diberikan. Ia menggambarkan nilai ilmu dan betapa peserta sanggup datang dari Dhoha atau Afrika serta Australia untuk mendalami ilmu yang disampaikan. Saya senang sekali.
Datang dari pelbagai lokasi ini akan membawa cara pandang yang sudah tentu pelbagai. Cara pandang dan pengalaman ini berbekalkan budaya setempat. Rakyat Singapura dengan caranya, orang Malaysia dengan caranya, orang Thailand dengan caranya. Cara pandang ini menentukan nilai semasa dalam melaksanakan bisnes.
Teras kepada pengalaman ini akan membawa kepada nilai individu pada aspek spiritual. Nilai spiritual adalah ruang privacy yang hanya akan berlaku dalam kehidupan harian dan menentukan perjalanan kehidupan harian. Ilmu yang dibincang akan menentukan nilai, tetapi nilai yang banyak ini akan dipengaruhi oleh cara pandang dan kepercayaan yang ada.
Atas dasar itu, amat perlu juga dibekalkan pada setiap individu elemen emosi personal dan spiritual agar beliau dapat bertahan apabila bersendirian. Ada yang buat bisnes panjang nafasnya ketika bersama insan lain. Namun apabila bersendirian, sistem kepercayaan dan pandangan hidup akan mengadun mereka semula kepada sesuatu yang tidak produktif.
Atas dasar itu, saya membina tiga laman blogspot lagi untuk berkongsi idea A+ agar ia tidak diasingkan dari kehidupan harian sebagai usahawan atau yang berinteraksi dalam dunia bisnes.
Usahawan A+
Bisnes A+
Business Model A+

Subscribe to:
Posts (Atom)