Sunday, February 10, 2013

Beli buku baru, atau semak di Safari atau bagaimana?

Ketika saya di Kinokuniya, saya memerhati banyak buku.

Saya ada akaun Safarionline. Saya bayar USD 42 sebulan.
Saya ada Kobo. Saya boleh beli online lebih murah.
Saya boleh beli di Amazon US dengan harga murah tetapi lebih lama sampai ke rumah.

Adakah perlu saya membeli 'Redirect', satu buku yang saya dapat tengok preview di Amazon.

Ia berkaitan membuat keputusan.


Ketika di depan komputer, saya rasakan ingin ke Kinokuniya.
Ketika sampai di sana, mungkin saya ingin semak di Ipad adakah buku yang sama, agar saya tidak beli sekali lagi.
Atau juga kalau di Kobo lebih murah.

Beginilah cara manusia membuat keputusan. Kalau berteraskan kekuatan fizikal, intelek dan emosi kita, kita akan penat sahaja. Namun cara mudah ialah LEHH - Low Expectation kepada kekuatan diri dan manusia, High Hope pada Allah yang akan memberi yang terbaik dalam kehidupan. Kalau dibeli 2 kali pun, Alhamdulillah kerana ada bantuan dari Allah. Ada pahala di sebalik proses tersebut.

Namun mengapa kekadang tidak dirujuk kepada Allah ketika membuat keputusan? Willpower. Ia lemah atau kuat bergantung kepada arah tuju. Apabila diserahkan kepada diri sendiri, maka ia akan makin cepat punah.

Perlu dibina Habit untuk berteraskan Tuhan pada setiap masa. Perlu nampakkan reward PIES apabila bergantung kepada Tuhan. Apa sahaja isyarat yang datang, perlu dijelaskan ganjaran PIES bergantung kepada Tuhan. Teras dan target ialah bergantung kepada Tuhan. Selalu memulakan sesuatu dengan Bismillah.

Cabaran menggunakan Bismillah dan spiritual ialah apabila ia tidak dikaitkan dengan sunnatullah. Ia menyebabkan tiada check list dibuat pada bahagian sunnatullah. Sebagai contoh, baca Bismillah tetapi tidak disemak tali pinggang keledar atau minyak. Perlu bermula dengan Allah - Bismillah. Namun sebelum mendapat rahmat dari ar-Raheem, perlu laksanakan sunnatullah untuk mendapat rahmat dari ar-Rahman. Barulah usaha diberkati.

Dalam buku Willpower Instinct ada diterangkan agar Willpower jangan dikawal sangat. Ia akan merosot segera. Lantas, banyakkan bergantung kepada Allah kerana willpower itu akan makin kuat dan mampu digunakan pada perkara yang memerlukan usaha untuk dekat Allah. Semua perkara dalam dunia ini memerlukan Willpower yang terhad. Apabila ia digunakan untuk perkara paling strategik (spiritual) ia akan membina enjin yang kuat. Hatta untuk membina spiritual pun, Nabi berpesan agar bersifat sederhana. Wasatiah.

No comments:

Post a Comment