Dalam tradisi Kristian, ada 'pengakuan dosa' di depan Father selepas berbuat dosa.
Dalam tradisi Islam, dosa itu diakui depan Tuhan, bukan depan manusia. Ia dilaksanakan dari semasa ke semasa, bukan sekadar satu masa.
Dalam kajian tentang CISD, ia dilakukan oleh ahli bomba atau sesiapa yang mengalami trauma. Ahli bomba itu akan bertemu pakar profesional dan 'meluahkan' segala apa yang ditakuti dan terbungkam. Ramai yang merasakan ia berkesan. Namun kajian mendapati kesannya tidak seberapa. Gary Felice yang terlibat dalam operasi menyelamatkan Tommy Schuppel masih menunjukkan kesan trauma selepas 4 tahun.
Malah menulis pengalaman trauma atau payah itu lebih berkesan. Menurut kajian James Pennebaker, mereka maju dalam fungsi sistem imunisasi badan, kurang berjumpa doktor, gred lebih baik di universiti dan kurang mengambil cuti di tempat kerja.
Untuk membina tabiat yang baik, tidak perlu mengaku 'dosa' di depan orang ramai atau perlu 'diluahkan' segalanya kepada orang sekeliling. Ia tidak membantu banyak. Cubaan yang ada itu akan menjadi sumber kekuatan apabila masing-masing sedar sumber mana yang perlu dimohon bantuan. Caranya kurang 'marung-raung' atau meratap-ratap.
No comments:
Post a Comment