Sunday, June 23, 2013

AAR - After Action Review

Apabila kita melaksanakan sesuatu perkara, kita akan dapat pengalaman secara 'live' apa yang perlu dibaiki atau dimajukan. Dalam ketenteraan di US, mereka menggunakan AAR- After Action Review.

Mengapa ini penting? Ia ada kaitan dengan cara kita membuat keputusan. Semasa kita merancang, banyak pembolehubah yang tidak diambil kira. Semasa praktikal, ia memerlukan 'adjustment' agar kita dapat buat yang terbaik. Kemahiran ini dapat dimajukan apabila kita mampu mempelajari dari kesilapan yang lepas.  Dengan AAR, kita akan mampu untuk memajukan diri.



Bagaimana melaksanakan AAR?
Catat dan semak dari semasa ke semasa ketika ingin melaksanakan aktiviti yang sama.
Ia perlu dicatat agar ia tidak hilang terutama apabila kita berada dalam keadaan kritikal atau kecemasan.

Untuk mengamalkan Tabiat A+, AAR perlu dilakukan agar kita mampu untuk 'membaca' situasi untuk memberi respon A+.

No comments:

Post a Comment