Sunday, March 23, 2014

Ayat tesis untuk Tabiat A+

وَعِبَادُ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلَّذِينَ يَمۡشُونَ عَلَى ٱلۡأَرۡضِ هَوۡنً۬ا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ ٱلۡجَـٰهِلُونَ قَالُواْ سَلَـٰمً۬ا 
Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; (Surah al-Furqaan 25:63) 

Ayat di atas ialah ayat tesis untuk A+.
Apabila seorang hamba ar-Rahman bertemu dengan orang tahap A,B,C,D dan E, mereka akan membalas dengan kaedah A+ - kaedah yang sejahtera. Bukan satu sejahtera, tetapi pelbagai jenis dan teknik kesejahteraan. Kerana individu yang ada hati saleem akan cuba untuk menyebarkan kesejahteraan ke seluruh alam.

No comments:

Post a Comment