Saya berborak dengan seorang rakan. Beliau menyatakan "sekarang saya dapat merasai keperluan untuk melihat dengan cara berbeza. Mata hati. Celik hati."
Saya terdiam. Ya saya sering berkongsi perkara ini. Namun ia bukan diketahui semua orang. Malah dalam keadaan kritikal, kita mungkin terlindung daripada 'celik hati'. Ia memerlukan inayah dari Allah.
Tabiat A+ ialah cara melihat sesuatu dengan gaya berbeza. Bukan sekadar perspektif fizikal, namun juga dari segi intelektual, emosi mahupun spiritual. Kepantasan melihat dengan cara berbeza dan berasaskan teras amat penting. Kita tidak mahu kerana biasa memakai cermin mata gelap, kita akan nampak alam ini asyik malam sahaja.
Tabiat A+ ialah framework memandang dunia. Ia akan memastikan kalau siang nampak siang, kalau malam nampak malam. Malah ia membawa perspektif positif pada Tuhan pada siang dan malam.
Apabila mengetahui sahabat saya mencecah beberapa bulan mengalami kemurungan dan stres, saya yakin kemahiran Tabiat A+ ini perlu dipasakkan betul-betul. Stres tiada masalah, namun jangan ia melampau atau menzalimi diri serta orang di sekeliling.
Antara strategi untuk memastikan framework ini dapat dicapai walaupun tidak sempat hadir program saya ialah dengan berkongsi status di FB atau menaip artikel untuk dibaca dan diaplikasikan oleh pembaca.
No comments:
Post a Comment