Apabila kita ingin menuju status A+, spiritual perlu positif. Ikhlas kerana Allah dan mengikut sunnah Nabi.
Ikhlas adalah satu topik yang besar dan berat.
Sunnah juga adalah satu topik yang besar.
Bicara ikhlas perlu diingatkan dan disistemkan dalam mana-mana organisasi. Apabila niat itu ikhlas kerana Allah, mudah urusan kehidupan. Apabila ikhlas ini tidak dijadikan agenda, ia akan mencacamerbakan apa yang berlaku dalam kehidupan.
Ikhlas pada diri sendiri adalah satu perkara penting. Apabila berinteraksi dengan orang lain, respon ikhlas akan menyebabkan kita mampu menanggung derita makian atau kutukan atau perkara negatif dari orang lain apabila semuanya dipulangkan kepada Allah. Manakala apabila berlaku perkara positif, cepat-cepat ia dipulangkan kepada Allah.
Apabila berukhuwah, ikhlas ini dicabar. Akan ada syak wasangka atau perkara ghibah atau fitnah yang ingin disampaikan. Jika ghibah itu dilaksanakan kerana ingin menjaga maslahah lebih besar, tidak menjadi masalah seperti menyatakan keburukan pasangan di depan kadi. Namun kalau ia diceritakan tanpa ada tujuan jelas kecuali untuk melepaskan emosi sahaja atau kerana ingin membuktikan diri sendiri lebih bagus, ini adalah petanda ikhlas tercabar. Umpatan itu dibuat kerana Allah? Sudah tentu tidak. Ikhlas tercalar.
Apabila hak sendiri dicalar, orang ikhlas maafkan. Apabila melibatkan hak orang lain atau hak Allah, orang ikhlas akan bertindak dulu untuk membaikinya. Perlu semak cepat-cepat 'ikhlaskah saya?' untuk menjadi A+.
No comments:
Post a Comment