Friday, July 27, 2012

Catatan 7: Idea awal Business Model A+

Saya sedang mengkaji Business Model dan bagaimana ia diintegrasikan dengan A+. Saya akan catat di sini beberapa poin.


  • Kalau dalam program Kepimpinan, saya akan mula kaitkan Leadership - Khalifah
  • Khalifah sering memberi. Beri nilai. Nilai dalam bentuk PIES. Ia akan jadi Value Proposition (VP)
  • Pada siapa ? Bergantung kepada roles  yang dimainkan. Makin luas roles, makin banyak klien. Inilah CS.
  • Kalau sudah tahu apakah VP dan CS, perlu dikenalpasti bagaimana ia disampaikan. Online/ offline. Inilah yang dinamakan Channel (CH)
  • Dari semasa ke semasa, apakah hubungan yang perlu dibuat untuk memastikan anda sering berinteraksi dengan CS. Inilah yang Customer Relation (CR)
  • Bagi membina VP tersebut, apa yang diperlukan ? Ini ialah Key Resource (KR). 
  • Apa yang perlu dibuat untuk membina VP ? Ini ialah Key Activities (KA)
  • Siapa yang akan membantu dalam memastikan semua KR dapat dilaksanakan dengan baik ? Inilah manusia yang menjadi Key Partner (KP)
  • KP akan membantu saya mendapatkan bahagian saya - pendapatan, idea, kepuasan dan pahala. Ini ialah  Revenue - R$.
  • Untuk mendapat pahala, perlu ada dokongan harta dan sumber intelek, emosi dan spiritual. Sebagai contoh, kalau saya inginkan RM 10K, dalam R$, saya perlu laburkan RM 5K dalam kerja yang saya laksanakan. RM 5K ini ialah modal fizikal. Inilah C$. C$ menyentuh operasi di peringkat bumi. Hatta untuk pergi bertemu klien atau menelefonnya, perlu ada beberapa ringgit. Itulah C$.
Kalau saya ingin memberi lebih lagi, saya juga perlu usahakan untuk dapat lebih. Bagaimana untuk dapat lebih ? Gunakan Kanvas Model Bisnes. Kerana hidup adalah bisnes dengan Tuhan

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (61:10-11)

Catatan 6

Ada beberapa perkara penting tentang manusia

  • Pada satu-satu masa, memori pendek boleh mengingat maksimum 7 item. Jadi berikan yang paling ringkas untuk seseorang ingat dan ia akan memudahkan mereka. Akronim adalah satu contoh mudah sebagai tool
  • Namun akronim atau tool amat bersifat intelek. Ia hanya boleh diguna oleh mereka yang sudah faham. Untuk mudah faham, ia perlu 'basah' dan 'relevan'. Ia boleh dilaksanakan dengan E.
  • Ketika seseorang membaca buku, mereka 'tiada' I baru. Jadi sebarang formula atau teknik akan digeruni kecuali ia sudah 'dibasahkan'. Bagaimana ia 'dibasahkan'? Kalau beliau sudah ikut sesuatu latihan atau sudah bercakap dengan empunya akronim. 
  • Jadi ketika buku itu digunakan untuk training atau ceramah, buku penuh akronim amat membantu.
  • Jika buku itu tidak digunakan hanya untuk latihan tetapi ingin memasukkan nilai Grand Design kepada pembaca, maka ia perlu dibasahkan dengan 'cerita'. Tajuk pun perlu 'dekat' di hati pembaca.
  • Ketika bersama dengan mana-mana individu (terutama yang tidak terlampau tinggi intelek), perlu 'dibasahkan'. Bawakan pelbagai cerita, tanya khabar, aktiviti, lagu, video klip dan apa sahaja yang melibatkan interaksi dan pergerakan. Perlu diingat ciri I cepat danstraight to the point. Manakala ciri E memerlukan masa (dan trainer/ educators perlu mampu jadi kawan / trusted sebelum masuk kepada perkara yang memerlukan pemikiran). The easy way is to gain trust by E. Salah satu tool ialah CASIC.
  • Dua-dua elemen di peringkat I dan E memerlukan homework yang tertentu. Homework I bergantung kepada minat kita. Manakala homework E bergantung kepada minat pendengar atau klien. Walaupun kita tidak suka bola, namun kerana ingin mencari 'minat pendengar', sikit maklumat perlu dicari bagi 'membasahkan' permulaan interaksi.

Catatan 5


  • Bolehkah belief to be transferred from one person to another ? Atau sebenarnya meminta kekuatan dari Allah - dan kerana doa adalah caranya, maka apa sahaja yang dibacakan oleh pengubat Islam - ialah kerana hubungannya yang baik dengan Allah.
  • Antara rabasho dan shobara amat perlu diberi perhatian
  • 'Muzabzab' perlu dielakkan kerana ia hasil tidak tetap pendirian kerana tidak jelas nilai, cara pandang dan kepercayaan.
  • Sila beri perhatian kepada ayat an-Nisa' 148 tentang jangan cakap jahar keburukan kecuali sesiapa yang ditindas.

Thursday, July 26, 2012

Catatan 4

Kita tahu doa dikabulkan kalau sahabat tidak hadir. Atau ketika akan berbuka.

Namun kekadang hati sukar untuk doakan yang terbaik kepada orang yang kita benci. Apakah sumber benci ini ? Emosi yang negatif. Kalau inginkan kasih sayang Tuhan, spiritual baik akan memberi kesan kepada emosi.

Lantas berdoalah untuk yang terbaik. Itu ciri individu A+. Bukan sekadar A atau lebih teruk lagi D atau E.

Saturday, July 21, 2012

Catatan 3

Kalau semua perkara kamu mahu tahu dan in control , maka kamu akan mudah untuk menzalimi kerana hanya Allah sahaja yang tahu segalanya. Perlu ada kemahiran empower dan percaya  atau tawakal.

Wednesday, July 18, 2012

Bagaimana Individu A+ Merancang

Di peringkat intelek dan emosi, kita merancang untuk berkata Ya atau Tidak (Stamina Emosi). Ketika kita sudah merancang sesuatu, I dan E akan memberi sebab untuk menolak atau mengiakan sesuatu. Namun elemen spiritual bertindak melangkau kepada kemampuan I dan E melihat dan menganalisis.

Tuesday, July 17, 2012

Catatan


  • Acknowledge (W): Jangan underestimate Abu Bakar walaupun beliau tidak menerima wahyu seperti Nabi Muhammad.
  • Untuk CASIC, ada elemen HVWB (Habit, Value, Worldview, Belief). Bina HVWB, dan anda akan menikmati kehidupan dengan lebih nyamana.
  • Banyak kata-kata pujangga ialah dalam W. Teroka dan cedok!



Ramadhan ini

Saya sudah memulakan penulisan berkaitan CASIC sejak 2009. Sudah lebih 3 tahun.

Saya tulis al-Fatihah Workbook.
Saya bina laman web casicgallery.com yang akhirnya menjadi membinalegasi.com
Saya tulis manuskrip CASIC yang sudah lebih 50% siap.

Dan Ramadhan ini, saya ingin susun semua itu menjadi Tabiat A+.

Antara motivasi saya menulis dan disusun semula ini:
  1. Saya ingin mengumpulkan segala teknik: Pemikiran Sistemik, MasterPIES, CASIC, Legacy dalam satu tempat.
  2. Saya ingin menjadikan buku Tabiat A+ ini sebagai manual besar yang mengumpulkan Tabiat dengan asas Nilai, Pandangan Hidup dan Kepercayaan yang mantap.
  3. Selepas atau selari dengan Tabiat A+ ini, akan ada tajuk lain yang menyusul sebagai by-product.
Saya juga banyak terkesan kepada 2 orang bukan satu kepercayaan dengan saya yang meninggalkan legasi besar - manfaat pada saya: Steve Jobs dan Stephen R Covey.

Moga Allah mudahkan urusan dalam bulan Ramadhan ini insha-allah.