Di peringkat intelek dan emosi, kita merancang untuk berkata Ya atau Tidak (Stamina Emosi). Ketika kita sudah merancang sesuatu, I dan E akan memberi sebab untuk menolak atau mengiakan sesuatu. Namun elemen spiritual bertindak melangkau kepada kemampuan I dan E melihat dan menganalisis.
Disebabkan + meminta hidayah dan diberi pilihan, maka sudut spiritual melihat bahawa ketika kita merancang yang terbaik, ada unsur fleksibel untuk 'memanfaatkan' sinar hidayah.
Sebagai contoh: saya merancang untuk tidak pergi ke mana-mana antara jam 8.00 hingga 9.30 am untuk menulis satu artikel. Jika ia amat urgent, maka saya boleh tinggalkan panggilan isteri untuk memandikan anak atau menjawab sebarang call.
Namun jika ia tidak urgent, ia boleh disusun pada masa yang sesuai untuk saya menulis.
Memandikan anak itu satu tanggungjawab: melibatkan unsur E dan S.
Saya tidak tahu ia akan berlaku kecuali itu adalah rutin saya. Apatah lagi kalau isteri saya memohon pertolongan kerana ada urusan lain yang urgent perlu beliau selesaikan.
Jika I amat strict dengan perancangan, E amat fleksible, maka S ialah antara fleksibel dan strict - syaratnya tahu apakah tujuan sesuatu masa kehidupan. Tujuan itu ialah amalan yang paling disukai oleh Allah pada masa tertentu - sebagaimana pernah dinyatakan oleh Ibn Qoiyim berkenaan konsep ibadah terbaik.
No comments:
Post a Comment