- Kalau dalam program Kepimpinan, saya akan mula kaitkan Leadership - Khalifah
- Khalifah sering memberi. Beri nilai. Nilai dalam bentuk PIES. Ia akan jadi Value Proposition (VP)
- Pada siapa ? Bergantung kepada roles yang dimainkan. Makin luas roles, makin banyak klien. Inilah CS.
- Kalau sudah tahu apakah VP dan CS, perlu dikenalpasti bagaimana ia disampaikan. Online/ offline. Inilah yang dinamakan Channel (CH)
- Dari semasa ke semasa, apakah hubungan yang perlu dibuat untuk memastikan anda sering berinteraksi dengan CS. Inilah yang Customer Relation (CR)
- Bagi membina VP tersebut, apa yang diperlukan ? Ini ialah Key Resource (KR).
- Apa yang perlu dibuat untuk membina VP ? Ini ialah Key Activities (KA)
- Siapa yang akan membantu dalam memastikan semua KR dapat dilaksanakan dengan baik ? Inilah manusia yang menjadi Key Partner (KP)
- KP akan membantu saya mendapatkan bahagian saya - pendapatan, idea, kepuasan dan pahala. Ini ialah Revenue - R$.
- Untuk mendapat pahala, perlu ada dokongan harta dan sumber intelek, emosi dan spiritual. Sebagai contoh, kalau saya inginkan RM 10K, dalam R$, saya perlu laburkan RM 5K dalam kerja yang saya laksanakan. RM 5K ini ialah modal fizikal. Inilah C$. C$ menyentuh operasi di peringkat bumi. Hatta untuk pergi bertemu klien atau menelefonnya, perlu ada beberapa ringgit. Itulah C$.
Kalau saya ingin memberi lebih lagi, saya juga perlu usahakan untuk dapat lebih. Bagaimana untuk dapat lebih ? Gunakan Kanvas Model Bisnes. Kerana hidup adalah bisnes dengan Tuhan
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (61:10-11)
No comments:
Post a Comment