- Pada satu-satu masa, memori pendek boleh mengingat maksimum 7 item. Jadi berikan yang paling ringkas untuk seseorang ingat dan ia akan memudahkan mereka. Akronim adalah satu contoh mudah sebagai tool.
- Namun akronim atau tool amat bersifat intelek. Ia hanya boleh diguna oleh mereka yang sudah faham. Untuk mudah faham, ia perlu 'basah' dan 'relevan'. Ia boleh dilaksanakan dengan E.
- Ketika seseorang membaca buku, mereka 'tiada' I baru. Jadi sebarang formula atau teknik akan digeruni kecuali ia sudah 'dibasahkan'. Bagaimana ia 'dibasahkan'? Kalau beliau sudah ikut sesuatu latihan atau sudah bercakap dengan empunya akronim.
- Jadi ketika buku itu digunakan untuk training atau ceramah, buku penuh akronim amat membantu.
- Jika buku itu tidak digunakan hanya untuk latihan tetapi ingin memasukkan nilai Grand Design kepada pembaca, maka ia perlu dibasahkan dengan 'cerita'. Tajuk pun perlu 'dekat' di hati pembaca.
- Ketika bersama dengan mana-mana individu (terutama yang tidak terlampau tinggi intelek), perlu 'dibasahkan'. Bawakan pelbagai cerita, tanya khabar, aktiviti, lagu, video klip dan apa sahaja yang melibatkan interaksi dan pergerakan. Perlu diingat ciri I cepat danstraight to the point. Manakala ciri E memerlukan masa (dan trainer/ educators perlu mampu jadi kawan / trusted sebelum masuk kepada perkara yang memerlukan pemikiran). The easy way is to gain trust by E. Salah satu tool ialah CASIC.
- Dua-dua elemen di peringkat I dan E memerlukan homework yang tertentu. Homework I bergantung kepada minat kita. Manakala homework E bergantung kepada minat pendengar atau klien. Walaupun kita tidak suka bola, namun kerana ingin mencari 'minat pendengar', sikit maklumat perlu dicari bagi 'membasahkan' permulaan interaksi.
Friday, July 27, 2012
Catatan 6
Ada beberapa perkara penting tentang manusia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment